Amaran Daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bahawa Serangan Militan IS Di Kuala Lumpur?

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa PDRM telah mengeluarkan amaran bahawa serangan militan IS di sekitar Kuala Lumpur.

Mesej dalam berbahasa Inggeris itu mengatakan Publika, Bangsar, The Curve, Mid Valley, Menara Kuala Lumpur, Sri Hartamas, Bukit Bintang dan kawasan sekitarnya mungkin menjadi lokasi serangan militan IS.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA :

Bukit Aman menafikan mengeluarkan amaran kepada orang awam berhubung larangan berada di beberapa lokasi tumpuan di ibu negara yang kononnya menjadi sasaran serangan bom pengganas militan Kumpulan Negara Islam (IS)

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui akaun Twitter beliau mengatakan amaran itu tidak dikeluarkan oleh PDRM.

SUMBER :

Berita Harian

Twitter : Tan Sri Khalid Abu Bakar


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI