MCMC Dan KDN Rakam Serta Pantau Semua Panggilan Telefon Dan Perbualan Media Sosial Rakyat Malaysia?

PALSU:

Tersebar luas di media sosial dakwaan kononnya pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) merakam serta memantau semua panggilan telefon dan perbualan media sosial rakyat Malaysia.

Sumber gambar: Whatsapp


SEBENARNYA:

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM)  menafikan mengeluarkan peraturan baharu kononnya semua panggilan telefon dan medium media sosial, dirakam serta dipantau kementerian itu.

Timbalan Menteri KKMM, Datuk Jailani Johari berkata,  peraturan yang tersebar di media sosial itu adalah palsu. “Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan atau kenyataan berhubung perkara terbabit,” katanya.

Selain itu, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim, menegaskan bahawa mesej palsu yang sedang dikitar semula di media sosial tiada kaitan dan bukan dikeluarkan oleh KDN.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak pernah mengeluarkan peraturan komunikasi baharu termasuk merakam semua panggilan telefon atau memantau media sosial orang ramai di negara ini.

 

 

SUMBER:

Laman Web Rasmi MCMC

Berita Harian

Laman Facebook Rasmi KDN

Bernama


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI