Bonus Penjawat Awam Diberikan Pada Hari Raya Aidilfitri 2016?

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa  Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam sempena Hari Raya Aidilfitri 2016 dan berita itu kononnya telah dilaporkan oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA).

Gambar hiasan. Sumber : Whatsapp


SEBENARNYA :

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) menafikan pernah mengeluarkan laporan memetik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam sempena Hari Raya Aidilfitri yang lalu.

SUMBER :

Bernama


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI