Seorang Wanita Dijadikan Tebusan Perompak Di Tongkang Pechah, Johor?

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat seorang wanita dijadikan mangsa tebusan perompak di Tongkang Pechah.

Sumber gambar: Facebook


SEBENARNYA :

Polis menafikan berlakunya insiden tebusan di Tongkang Pechah di sini yang menjadi viral di media sosial.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, gambar yang disebarkan itu sebaliknya adalah satu babak penggambaran bagi drama bersiri stesen televisyen tempatan di Bandaraya Kuching, Sarawak.

SUMBER :

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI