Insentif RM2500 Dari KWSP Untuk Warga Emas?

PALSU :

Terdapat penyebaran audio melalui aplikasi Whatsapp yang didakwa dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahawa kerajaan memberikan insentif sebanyak RM2,500 kepada warga emas berumur 55 tahun dan ke atas dan kemudian menggesa ahli untuk mengeluarkan jumlah ini daripada akaun KWSP sebelum 31 Disember 2016.

Sumber Gambar: Dicas Droid


SEBENARNYA :

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menafikan dan menyatakan bahawa mesej audio Whatsapp  tersebut adalah palsu, dan insentif yang disebut di dalam mesej tersebut tidak wujud.

KWSP meminta ahli supaya tidak terpengaruh dengan maklumat palsu dan mengelakkan daripada menyebarkan mesej tersebut.

 

SUMBER :

Siaran Media KWSP


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI