Starbucks Tidak Halal?

PALSU:

Tular audio di media sosial  yang dakwaan bahawa Starbucks tidak halal kerana bahan ramuannya adalah dari sumber yang tidak halal.

Sumber Gambar: Facebook


SEBENARNYA :

Viral audio berdurasi 10 minit 29 saat yang didakwa dari seorang pemandu lori juga turut dikongsi oleh netizen yang menyatakan bahan ramuan Starbuck dari sumber yang tidak halal

Menurut JAKIM, perlu dimaklumkan bahawa pengurusan dan kawalan bahan mentah adalah berbeza mengikut negara dan Starbucks di Malaysia merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Prosedur pengeluaran Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) telah mengambil kira status halal setiap ramuan dan proses yang berkaitan di dalam pengeluaran sesuatu produk dengan teliti oleh Pakar Syariah dan juga Teknologi Makanan.

SUMBER :

Facebook Bahagian Hab Halal, JAKIM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI