Pembalakan Haram Di Kawasan Hutan Tawau?

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat aktiviti pembalakan haram di kawasan hutan berdekatan Balong Kokos, Tawau.

Sumber gambar : Facebook


SEBENARNYA :

Jabatan Perhutanan Sabah menafikan dakwaan bahawa terdapat aktiviti pembalakan haram di kawasan hutan berdekatan Balong Kokos, Tawau.

Melalui keyataan akhbar jabatan berkenaan, pembalakan yang dilaporkan itu adalah di kawasan Tanah Hakmilik (titled land) dan bukan di dalam kawasan hutan simpan, perlindungan ataupun Taman Negeri (Sabah Parks).

Menurut Jabatan Perhutanan Sabah, tanah hakmilik persendirian (private land) itu, berkeluasan 946 hektar, dimana,  untuk memulakan pembangunan tanah,  kawasan berkeluasan 70 hektar mulai dan sedang dibangunkan, dimana, kerja permulaan termasuklah  tebangan kayu di  kawasan 70 hektar itu.

SUMBER :

Jabatan Perhutanan Sabah


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI